Kalau perasan, kawasan tingkap memang ‘port’ kegemaran cicak. Baru sahaja dibersihkan, esoknya penuh semula dengan tahi cicak yang mencacatkan pemandangan.
Memang penat dibuatnya, apatah lagi kalau ruang tingkap sempit dan susah nak dicuci.
Tapi jangan risau, Roslina Hashim ada berkongsi petua mudah yang boleh membantu mengatasi masalah cicak berleluasa di kawasan tingkap.
Tip atasi masalah tahi cicak
“Euww! geli sangat bila tengok tahi cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kak Ina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci tahi cicak.
“Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung.
“Tak mahu berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak daripada cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau,” kongsinya di Facebook.
Bahan-Bahan:
- 1/3 Cuka makan
- 1/3 Air
- 1/3 Cecair pencuci pinggan
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan-bahan ni.
- Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak.
- Boleh juga spray untuk halau semut.
Baca juga: Pelajar maut terjatuh dari tingkat 35 sempat kirim pesanan terakhir, mohon maaf pada ibu