Geram nama asyik dipetik, Iqbal dedah bekas adik ipar bertunang dalam tempoh edah

Oleh MAISARAH AISYA

Sebelum ini pernah tular seorang wanita mengandung yang dibelikan kereta jenama mewah oleh suami selepas memberikan alasan mengidam.

Tahun lepas kedua-duanya mengumumkan sudah bercerai dan tak lama selepas itu wanita tersebut dikatakan menamatkan zaman janda dengan mengahwini lelaki lain dua hari selepas edah tamat.

Wanita yang juga bekas adik ipar usahawan Iqbal Zulkefli tidak habis memburukkan nama bekas suami, Ahmad Weldan Zulkefli dan ahli keluarga di pihak sana.

Terlalu lama berdiam diri, Iqbal dalam satu temu bual bersama portal mStar mendedahkan sisi lain bekas adik iparnya itu.

“Nama saya sudah dipetik berkali-kali, dia (Ayunie) perlu sedar bukan adik saya sahaja yang curang tapi dia juga sama.

“Saya ada gambar, bukti yang boleh satu tunjuk pada satu dunia. Tapi saya pilih untuk tetap menjaga aibnya,” katanya dalam temu bual tersebut.

Pada masa sama Iqbal mendedahkan dia mempunyai bukti namun memilih untuk menjaga aib adik iparnya.

“Dia tuduh adik saya curang sedangkan dia pun sama. Bayangkan dia kata dia tak pernah disentuh oleh lelaki semasa edah.

“Padahal saya ada gambar dalam kolam, tudung terbuka, berpelukan dalam waktu edah dengan lelaki yang dikahwini selepas dua hari tamat edah.

“Dia juga bertunang semasa dalam tempoh edah, apa hukumnya wanita bertunang dalam dan buat majlis dalam tempoh edah,” ujarnya.

Lebih mengejutkan bekas adik iparnya juga menukar segala nama saham tanpa memberikan satu pun kepada adiknya.

“Ayuni pindah nama saham yang diusahakan sebelum berkahwin dengan Weldan sepenuh kepada namanya tanpa sedikit pun pemberian kepada Weldan.

“Itulah adalah sebahagian taktik penipuan kononnya Weldan tandatangan untuk borang LHDN sedangkan ia sebenarnya untuk pindah saham,” tambahnya.

Baca juga: Betul ke anak hasil sumbang mahram boleh digugurkan? Ini penjelasan Dr Kamilin Jamilin