Kalau dilihat zaman sekarang, kebanyakan ‘influencer’ jadian memilih untuk menunjuk-nunjuk kenderaan mahal yang mereka miliki walhal hanya sewa semata-mata
Tapi bagi individu yang sememangnya kaya dan miliki kenderaan berjenama mewah, tiada istilah mahu ‘show-off’ seperti mereka yang terlibat dengan skim cepat kaya.
Tular di media sosial Indonesia mengenai seorang peniaga nasi berlauk di Ponorogo, wilayah Jawa Timur yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenama Alphard sebagai sebahagaian dari kedai mereka.
Menurut Suara Jatim, kenderaan tersebut bukanlah murah malah dijual dengan harga 1 bilion rupiah (RM304,702) untuk unit baru di Indonesia.
Dalam video tersebut terlihat peniaga wanita meletakkan lauk pauk di bahagian bonet Alphard yang dibuka luas.
Manakala lauk-pauk selebihnya diletakkan atas meja yang disusun hingga ke dalam kenderaan tersebut.
Malah terlihat juga sepanduk pada kenderaan yang tertulis nama kedai tersebut iaitu ‘Warung Nasi Artmoro’.
Rata-rata netizen kagum melihat mereka yang dikira sudah kaya namun masih lagi menjual makanan buat orang ramai.
“Orang kaya kalau ada masa terluang tetapi masih rajin mencari wang,” kata pengguna media sosial.
“Bagus peniaga ini. Kebanyakan orang yang memakai kenderaan ini suka menunjuk-nunjuk dan dan bersikap sombong.
Namun, kali ini berbeza kerana peniaga tersebut menjual nasi berlauk. Semoga jualannya laris,” tambah pengguna lain.
Baca juga: Orang kaya macam Che Ta pun selamba tapau lauk hotel yang tak habis, perangai mak-mak betul!