Gunung berapi ‘meletus’ muntahkan lumpur di Lahad Datu, ini penjelasan pakar geologi

Oleh NASUHA RAHMAN

Gunung berapi dilaporkan telah ‘meletus’ dan memuntahkan lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu semalam adalah satu fenomena biasa.

Menurut pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

“Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian volkano lumpur seperti ini (lebih aktif) kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu, Video kejadian itu tular di media sosial malam ini, dipercayai selepas dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi gunung berapi lumpur terbabit.

Fenomena letusan gunung berapi lumpur di Tabin Wildlife Reserve yang berlaku pada jam 10 pagi tadi sempat dirakam oleh En. Rafel Suzie Rachel. Dikatakan letusan itu hampir setinggi 20 kaki.

Kemudian dikongsi netizen di laman Facebook masing-masing dengan kebanyakan komen menyuarakan ketakjuban mereka terhadap fenomena berkenaan.

Baca Artikel Penuh