Tindakan seorang wanita yang merahsiakan status diri akhirnya membawa padah apabila kekasih hati bertindak untuk menyaman selepas kantoi bahawa dia sudah berkahwin.
Menurut New York Post, Chaoran Li dari Queens sering menghadiahkan kekasihnya, Maio Tingli dengan barangan kemas.
Menurut dokumen mahkamah, pasangan tersebut mula bertemu janji pada April 2022, malah lelaki tersebut pernah melamar wanita itu selepas sebulan berkenalan.
Seperti pasangan lain yang ingin berkahwin, Chaoran menhadiahkan Tingli cincin pertunangan bernilai AS$55,000 (RM248,930).
Malah dia turut memberikan sebentuk batu permata nilam berharga AS$6,200 (RM28,061) dan cincin batu delima berharga AS$6,300 (RM28,513).
Chaoran kemudian menuntut semua barangan berharga itu dalam pemfailan undang-undang.
Pasangan tersebut juga dilaporkan berpisah pada Mac lalu selepas mengetahui bahawa wanita tersebut sudah mempunyai suami dan dua anak.
Tuntutan yang difailkan pada Rabu lalu bagaimanapun tidak memperincikan bagaimana dia mengetahui tentang keluarga Tingli.
Baca juga: Punyalah ‘all-out’ Bell Ngasri minta undi dari peminat, dah macam kempen pilihan raya!