Hakim Nadia wanita Islam pertama pakai hijab ketika bertugas di mahkamah AS

Oleh KIM SYAZIE

Seorang peguam, Nadia Kahf dilantik menjadi hakim memakai hijab pertama di Mahkamah Tinggi New Jersey, lapor media tempatan seperti dilaporkan Agensi.

Dilaporkan, walaupun Nadia bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai tudung kepala di kamar mahkamah.

Nadia yang merupakan lulusan undang-undang dan berasal dari Syria, mengangkat sumpah jawatan kelmarin dengan menggunakan kitab suci al-Quran, demikian menurut laman web berita tempatan, North Jersey.

Wanita itu akan berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah selepas Gabenor New Jersey, Phil Murphy mencalonkannya setahun lalu.

Sejak 2003, beliau telah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey iaitu sebuah pertubuhan hak-hak sivil Muslim di mana Nadia kini berkhidmat sebagai Pengerusi.

Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada Wafa House iaitu sebuah agensi antikeganasan rumah tangga yang berpangkalan di bandar Clifton dan Nadia juga merupakan Pengerusi Pusat Islam Daerah Passaic.

Baca Artikel Penuh