Seorang pengurus di sebuah syarikat teknologi sanggup mengarahkan pegawal keselamatannya mengunci pintu bangunan pejabat.
Keterlaluan, tujuan pengurus itu bertidak sedemikian adalah untuk menghalang pekerjanya keluar tanpa kebenaran.
Mengundang kecaman ramai, pengawal bertugas terlihat membelit pemegang pintu kaca pejabat itu dengan rantai besi sebelum dikunci dengan mangga.
Ketika ditanya pekerja, pengawal itu menjawab bahawa dia hanya menjalankan tugas yang diarahkan pengurus yang bernama Anurag.
Sejurus ditularkan di media sosial, ramai orang awam berang dengan tindakan syarikat itu mengeksplotasi tenaga pekerja.
Langsung tiada rasa empati, pengguna media sosial meluahkan kekhuatiran mereka terhadap pekerja sekiranya bangunan itu terbakar.
“Bayangkan jika berlaku kebakaran. Bagaimana sebuah organisasi boleh beroperasi dengan tahap empati seperti itu,” komen seorang pengguna.
Pengasas bersama syarikat Coding Ninjas yang terletak di India iaitu Ankush Singla kemudian tampil menjawab segala spekulasi.
Mengakui menyesal, Ankush mendakwa, kejadian tersebut sebenarnya hanya berlaku dalam masa 10 ke 15 minit sahaja.
“Pintu terkunci selama 10-15 minit kerana tindakan tidak munasabah oleh pengurus pemasaran. Namun begitu, kesilapan ini amat kami kesali,” katanya.
Baca juga: Angkara dilambai lelaki lain, wanita ini dirempuh kekasih dengan motosikal