Haram bagi ahli Pas jika tidak keluar mengundi di Kuala Kubu Baharu – Takiyuddin

Oleh WAN SITI AMINAH

Parti Pas menyeru semua ahlinya terutamanya mereka yang mengundi di Kuala Kubu Baharu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, adalah haram bagi mana-mana ahli Pas di kawasan berkenaan untuk tidak turun mengundi.

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata sedemikian ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Ceramah perdana di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu yang dilangsungkan kelmarin itu turut dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN, lapor Malaysia Gazette.

“Saya menyeru terutamanya rakan dari Pas. Haram bagi ahli Pas jika tidak keluar mengundi di Kuala Kubu Baharu. Bukan satu fatwa, (tetapi inilah) penegasan kita.

“Kalau Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sebut (yang mengundi itu) fardu ain, jadi samalah itu dengan haram kalau kita tak buat.

Baca Artikel Penuh