Harga barang naik, ringgit jatuh – Anwar gesa beri keutamaan bahas minggu pertama sidang Parlimen

Oleh ARIF ATAN

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar permasalahan berkaitan isu kenaikan harga barang dan kejatuhan ringgit diberi keutamaan untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang Parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan.

Menurut Presiden PKR itu, beliau telah mencadangkan usul khas dikemuka kerajaan berkaitan permasalahan tersebut pada sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, permasalahan itu ternyata mengesankan rakyat serta negara dan ia perlu ditangani dengan kadar segera.

“Saya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat bagi mengambil tindakan segera untuk menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah matawang negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

“Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku ketua pembangkang untuk mengemukakannya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Mengikutnya, lampiran surat yang dikongsi di Facebook Anwar, surat bertarikh semalam itu sudah diterima Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Baca Artikel Penuh