Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terujanya dapat membeli sebuah jet peribadinya yang pertama.
Kata usahawan itu, semuanya hasil dari menjual jeruk mangga yang setakat ini sudahpun membuat jualan jutaan ringgit.
“Masya-Allah Tabarakallah, alhamdulillah. Tercapai juga hasrat saya dan isteri. Ini berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan,” katanya di ruangan video yang dimuatnaik.
Dalam video tersebut dapat dilihat Aliff syukri bersama isteri dan anak sulungnya turun dari kereta mewah ferrari dan masuk ke dalam jet peribadi mewahnya.
Sebelum ini usaha Aliff Syukri dan pasangannya Datin Seri Shahida membuat live setiap hari di tiktoknya berniaga mendapat liputan meluas dari media-media.
@papalarisofficial Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin🙏🏻 #i ♬ Anak kampung – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Tidak cukup dengan mereka berdua, anak-anaknya dan orang gajinya juga turut serta membantunya membuat ‘live’ jualan di tiktok.
Rata-rata netizen memberi pujian di atas kejayaan keluarga usahawan itu yang berjaya mememiliki jet peribadi yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit itu.