Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang terbakar

Oleh ROSLAN ZAMAN

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebentar tadi dilaporkan terbakar. Memetik dari Bernama, suasana di hospital menjadi cemas apabila suis soket di wad itu terbakar.

Namun setakat ini tiada kebakaran itu tidak melibatkan mangsa yang berada dalam kawasan tersebut. Perkara itu disahkan sendiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar seperti dilapor Bernama.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan suis soket di wad zon merah HTAR,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata api bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak hospital sebelum ketibaan bomba dengan anggaran kemusnahan satu peratus dan tidak melibatkan mangsa.

BERITA LANJUT MENYUSUL