Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Harun berjanji akan mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku di bawah kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno apabila berlakunya pilihan raya kecil di negeri itu.
Idris, Adun Sungai Udang, mengetuai empat Exco kerajaan negeri meletakkan jawatan dan menyokong pembangkang dua hari lepas sehingga kerajaan yang ada tumbang.
Pendedahan terbesar dipercayai perebutan konsesi pasir yang akhirnya kerajaan negeri memberikan hak kepada sebuah syarikat dari Singapura untuk membuat tambak laut.
Bagi Idris, ia adalah pengkhianatan terbesar kepada rakyat Melaka kerana projek ini diberikan kepada syarikat asing dan kroni-kroni pihak berkuasa negeri mengambil keutungan pribadi darinya.
Exco kerajaan negeri Melaka yang diketuai oleh ketua menteri juga tidak mempunyai kuasa penuh kerana dia hanya puppet (patung) mkepada orang lain, dakwa Idris.
“Saya tidak ada masalah dengan Sulaiman (Ketua Menteri Melaka) tetapi saya ada masalah dengan ketua menteri yang menjadi puppet kepada orang lain.
“Kita ada 10 orang dalam Exco Melaka, kita telah membuat keputusan, tetapi keputusan itu tidak terlaksana.
“Amat malang apabila sebuah negeri yang maju, ada dua yang terpaksa buat keputusan,” kata Idris yang dipercayai merujuk kepada Pengerusi Umno Melaka, Datuk Abd Rauf Yusoh.
Beliau berpendapat, tidak boleh ada dua singa di atas sebuah gunung yang dipercayai merujuk kepada ketua menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan juga Abd Rauf yang merupakan pengerusi Umno Melaka.
Idris sendiri tidak mengesahkan perkara ini dan meminta semua orang memikirkan sendiri mengenainya.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat-kuasa 4 Oktober lepas.
Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris, Noor Effandi dan Norhizam Hassan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi 4 Oktober lepas.