Ikat anak pada tiang sebab bising masa makan, ibu bapa siap rakam sebelum masuk semula untuk habiskan makanan

Oleh MAISARAH AISYA

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak berada dalam kawalan semasa keluar makan di kedai.

Pelbagai teknik akan dilakukan ibu bapa seperti membawa buku atau mainan bersama namun tidaklah sampai mengikat anak di tiang kerana tidak mendengar kata.

Sepasang suami isteri di China menjadi bualan warganet selepas tular gambar mereka mengikat anak lelaki pada tiang di sebuah restoran.

Menurut South China Morning Post (SCMP), kanak-kanak pasangan dari wilayah Zhejiang itu difahamkan cuba mendisiplinkan anak mereka.

Kanak-kanak tersebut dikatakan berlari-lari dan membuat bising ketika keluarga berkenaan sedang makan di dalam sebuah restoran barbeku.

Seorang pelanggan restoran bernama Zhang sempat merakam video yang dikhabarkan berlaku pada 19 Ogos lalu.

Selepas mereka mengikat anak menggunakan pita pelekat, tanpa sedikit simpati, mereka mengeluarkan telefon pintar untuk merakam anak mereka yang meraung.

Lebih menyedihkan mereka kembali ke restoran untuk makan dan membiarkan anak sendiri malah pelanggan lain juga dilihat tertawa sambil merakam budak berkenaan.

Video itu mendapat perhatian warganet di ruangan komen, ada yang memuji tindakan ibu bapa tersebut tapi ada juga mengkritik perbuatan mereka.

dengan ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut serta sebaliknya.

“Budak lelaki itu akan mendapat pengajaran dan akan berkelakuan baik pada masa hadapan,” ujar pengguna media sosial.

“Saya mahu tahu adakah tindakan itu memudaratkan anak mereka. Saya langsung tidak berasa ia kelakar,” tambah warganet.

Baca juga: Tak sia-sia pesara guru simpan surat khabar lama, cetakan ini kini bernilai RM5,000!