Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina, iaitu Athalia, meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan perjalanan karier nyanyiannya yang kini turut menjadi perhatian umum.
Menurut Athalia, dia sedar dirinya tidak layak berada di pentas pertandingan, apatah lagi perkara itu pernah disebut sendiri oleh ibunya ketika muncul di sebuah rancangan televisyen secara langsung.
Baru minggu kedua bertanding dalam program realiti, Talk To My Manager (TTM), Athalia berdepan kritikan daripada netizen hingga memuat naik luahan perasaan di Threads.
“Bukan saya nak merayu simpati atau apa pun.
“Saya tahu saya memang tak layak untuk menyanyi atas pentas pertandingan, dan perkara itu pun sudah disebut oleh ibu saya sendiri di siaran langsung TV,” katanya di Threads.
Walaupun begitu, Athalia tetap berusaha untuk memperbaiki persembahan minggu demi minggu, namun belum menerima sebarang kata pujian yang boleh menyuntik semangatnya.
“Saya cuba juga untuk perbaiki kekuatan persembahan sekurang-kurangnya sejak minggu pertama, tapi masih tidak mendapat sedikit pun pujian.
“Ia buat saya mula mempersoalkan nilai diri sendiri, malah ia juga menyeksa mental saya. Industri ini memang tak pernah adil,” luahnya.
Luahan Athalia ini mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati serta memberi kata-kata semangat buatnya untuk terus berjuang dalam bidang seni.
“Masuk pertandingan, hati dan mental kena betul-betul terbuka serta kuat. Awak baru dua minggu dan dah rasa tak dihargai, sedangkan ada orang lain yang berjuang berbulan atau bertahun lamanya.
“Kalau nyanyian bukan untuk awak, mungkin boleh cuba bidang pengacaraan atau lakonan. Mungkin inilah masanya untuk awak teroka industri dengan lebih luas.
“Nyanyi memang tak sesuai, lagi-lagi bila ada yang lebih berbakat sampai awak nampak tenggelam,” antara komen netizen.
Baca juga: Digosipkan bercinta dengan Nora Danish, netizen serbu akaun TikTok duda anak 2?