Ingatkan anak beli air depan sekolah, wanita tergamam peniaga selamba jual maggi dalam cawan plastik!

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya kebanyakan ibu bapa mengamalkan makanan yang sihat di rumah dan cuba menghindari mi segera atau makanan ringan.

Tapi siapa menyangka ada penjual yang sanggup meletakkan mi segera dalam cawan untuk dijual buat pelajar sekolah.

Seorang wanita, Ain Rosli tampil mempersoal tindakan penjual tersebut yang selamba menjual mi segera yang diketahui tidak berkhasiat bahkan bagi orang dewasa.

“Pertama sekali, hantaran ini bukan hendak menutup periuk nasi peniaga kecil di hadapan sekolah. Namun sekadar perkongsian tentang kekecewaan seorang ibu terhadap pemakanan dari luar yg tak dapat nak dielakkan.

“Harap semua pihak dapat memahami. Saya mengambil anak dari sekolah dan sangkakan anak saya beli air dalam cawan plastik, setelah memandu tak berapa jauh dari sekolah baru saya perasan anak saya menghirup meggi mengunakan garpu yang saya sangkakan straw pada mulanya.

“Saya percaya ibubapa disini juga ada yg mengamalkan sistem ‘meggi cheat day’ dirumah, dimana hanya waktu tertentu dan yang dibenarkan sahaja baru boleh dimakan,” ujarnya.

Baca Artikel Penuh