Selalunya kita lihat hanya orang di wad hospital sahaja yang menggunakan titisan intravena (IV), kini tular kisah wanita ke tempat kerja dengan IV di tangan.
Menurut South China Morning Post (SCMP) yang memetik The Paper, video wanita itu dirakam oleh orang ramai ketika dia berada di eskalator di stesen kereta api bawah tanah.
Wanita tersebut dilihat kira-kira 10 malam, pada akhir bulan lalu. Malah ramai menyangka IV tersebut hanyalah botol minman.
”Pada mulanya, saya fikir dia memegang botol minuman. Apabila saya menyedari ia adalah botol cecair IV dan dia sedang dimasukkan IV, saya fikir dia kuat.
“Pasti kehidupan tidak mudah untuknya. Hati saya agak sakit untuknya,” ujar lelaki yang merakam wanita tersebut.
Wanita yang juga pemilik studio tarian di Shanghai mendedahkan bahawa dia tidak ada masa untuk ke hospital pada waktu siang kerana baru mula perniagaan.
“Jika saya pergi menerima IV di hospital selepas 10 malam setiap hari dan menghabiskan titisan (IV) pada 2 pagi.
“Saya tidak akan cukup rehat kerana saya perlu membuka studio saya (pada waktu lebih awal).
“Jadi saya bertanya kepada doktor sama ada saya boleh mengambil cecair IV.
“Saya memberitahu mereka saya pernah belajar perubatan sebelum ini dan saya boleh memasukkannya sendiri. Doktor bersetuju,” katanya.
Wabita tersebut turut meminta maaf kerana tingkah lakunya yang memberi kesan negatif kepada orang ramai dan beri amaran kepada mereka untuk tidak mencubanya.
Baca juga: Jual durian tanpa baju, TikTok ‘abang sado’ dihujani wanita gatal