Sebelum ini kecoh di media sosial apabila bekas suami kepada pempengaruh Jasmin Sopeah mengaku menduakan dirinya dan berlaku curang semasa memegang status suami.
Dalam luahan di media sosial, Muhd Fakha meluahkan rasa kecewa apabila ditamatkan perkhidmatan secara mengejut meskipun telah berkhidmat sejak tahun 2018.
Bekas anggota bomba bantuan itu mengakui tidak menyangka nasibnya berakhir demikian selepas bertahun-tahun mencari rezeki melalui pekerjaan tersebut.
“Kadang-kadang hidup ini tidak selalu ikut perancangan kita. Hari ini secara rasmi saya ditamatkan kerja. Bukan sebab saya mahu, tetapi kerana alasan tertentu yang berada di luar kawalan saya.
“Mungkin Allah sudah sediakan sesuatu yang lebih baik di hadapan. Buat masa sekarang saya terima ini sebagai sebahagian perjalanan hidup saya. Insha-Allah saya akan bangkit semula dengan lebih kuat,” katanya menerusi Instagram Story.
Jelasnya pekerjaan itu bukan sekadar sumber pendapatan malah tempatnya menimba pengalaman dan berbakti kepada masyarakat.
“Dari tahun 2018 hingga sekarang, di sinilah saya cari rezeki, titik peluh saya untuk menanggung keluarga dan anak-anak. Tempat inilah saya belajar erti pengorbanan.
“Sekarang semua itu hilang begitu sahaja. Berat untuk diterima, tetapi saya percaya Allah tidak akan ambil sesuatu tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Namun, sakit tetap terasa,” ujarnya.
Dalam luahan yang dimuat naik semula pengguina TikTok, Fakha turut mengakui kesilapan diri namun terkilan kerana diperlakukan sedemikian rupa sehingga hilang mata pencarian.
“Memang salah saya, saya akui. Tapi kenapa sampai sanggup buat saya macam ni? Luka ni bukan sikit, saya hilang kerja, hilang rezeki, semua terpaksa saya tanggung seorang diri.
“Ini yang korang nak kan? Saya hilang kerja, hilang tempat cari rezeki. Dari 2018 saya usaha, sekarang habis macam tu sahaja. Gelaklah,” ujarnya.
Baca juga: Penghijrahan Maryam You Narae buat ramai kagum, siap beri contoh Muslim baik pada ibu