Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Isa Samad terus ke penjara serta merta selepas mahkamah menjatuhkan hukuman dalam kes rasuah RM3.09 Juta.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Mohd Isa, 77, oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024.
Isa Samad kekal dipenjara enam tahun dan denda RM15.45 juta berhubung sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.
Bekas Penegrusi FELDA itu akan dibawa serta-merta ke Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara. Sebaik keputusan selesai dibacakan selepas sejam 40 minit, Mohd Isa sempat menoleh ke arah keluarganya yang berada di galeri awam sebelum diiringi anggota polis ke lokap melalui pintu dalam mahkamah.