Hampir dua bulan melayari bahtera perkahwinan, Watie Hanafiah akhirnya membuat satu pendedahan mengenai suaminya iaitu penyampai radio, Shuib.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Watie telah membongkarkan rahsia mengenai sisi ‘gelap’ pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad itu.
Terkenal dengan perwatakan kelakar dan sentiasa ceria, Shuib sebenarnya menyimpan begitu banyak kesedihan dalam dirinya.
Malah, ahli perniagaan yang telah memiliki empat orang cahaya mata itu juga pernah berputus asa untuk terus menjalani kehidupan.
Namun demi anak-anak, pelawak yang berusia 39 tahun itu tetap berusaha untuk terus tersenyum dan terlihat kuat di depan mata insan tersayang.
Mengenang masa lalu, Watie juga bercerita mengenai titik terendah yang pernah dilaluinya sebelum sah bergelar isteri kepada Shuib.
Kongsi Watie, suaminya itu pernah menghubungi pada pukul tiga pagi untuk meluahkan kesengsaraan yang dialaminya ketika itu.
Namun pemilik nama penuh Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah itu bersyukur kerana detik pahit yang pernah dilaluinya telah berlalu.
Watie juga berharap agar suaminya tidak akan bersedih lagi dan hidup bahagia serta sentiasa tersenyum ketika berada di sampingnya.
“Nampak sahaja dia senyum. Padahalnya kadang pukul 3 pagi call kita menangis teresak-esak sampai keluar hingus. Katanya rasa macam sudah tidak mahu hidup.
“Tetapi sebab anak-anak dia kena tunjuk kuat. Sejam sahaja yang dia ok. Lagi 23 jam selalunya dia cuba sorok perasaan untuk nampak ok.
“Alhamdulillah, sampai sini dah kita. Semoga U sentiasa tersenyum di samping I, ok Didi (panggilan kepada Shuib),” tulis Watie di dalam hantaran tersebut.
Turut berkongsi gambar di awal perhubungan mereka, Shuib difahamkan pernah membawa Watie pulang ke kampung untuk berkenalan dengan keluarga.
Baca juga: Dah puas tabur janji manis, ejen insurans ditahan polis lepas raih untung RM2.8 juta