Disebahkan rasa cemburu dan tidak puas hati terhadap suami yang sering melebihkan ikan peliharaannya, seorang isteri nekad menggoreng kesemua ikan kesayangan suaminya itu.
Wanita dari Indonesia itu berkata, suaminya hanya menghabiskan masa bersama ikan-ikan peliharaan tidak kira pagi petang siang malam.
Rakaman menunjukkan sejumlah ikan perhiasan mahal spesis discus berenang di dalam akuarium.
“Semuanya kerana ikan, ikan lagi. Apa-apa ikan. Sebaiknya kita goreng sahaja ikannya? Kan sedap,” kata wanita itu.
Wanita itu seterusnya memasukkan ikan-ikan yang disiangnya ke dalam kuali berisi minyak masak.Ikan-ikan itu digoreng dengan jumlah yang cukup banyak sekurang-kurangnya 80 ekor.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Tutorial menjadi janda,” kata seorang netizen.
“Kalau saya biarkan sahaja selagi hobi suami masih munasabah,” komen netizen lain.
Baca juga: “Saya tak tahu” – ‘Influencer’ minta maaf campur jajan khinzir dalam makanan di restoran halal