Isteri desak ‘grand wedding’ untuk anak, suami akhirnya buat keputusan…

Oleh KIM SYAZIE

Tiada istilah berbelanja sebanyak mana mungkin kerana berkahwin hanya sekali, semua bergantung kepada kewangan anda.

Jika tidak mampu maka tidak perlu untuk membebankan pasangan kerana apa yang penting adalah majlis nikah.

Bila dihabiskan semua duit untuk majlis yang berlangsung sehari, apa sebenarnya yang pengantin dapat selain memori? Bebanan kewangan pastinya menghantui diri.

Akibat terlalu tertekan dalam mencari wang demi melangsungkan perkahwinan impian isteri buat si anak, lelaki akhirnya buat keputusan untuk mengambil nyawa sendiri.

Si ayah membuat keputusan untuk melaksanakan perkara tersebut sehari sebelum anaknya bernikah.

Mayat si ayah yang bareusia 51 tahun ditemui oleh anak yang baru berusia empat tahun dalam keadaan tergantung.

Walaupun tahu suami sudah ada banyak bebanan hutang namun si isteri tetap mendesak majlis anak berlangsung secara besar-besaran.

Menurut SerambiNews, lelaki tersebut bekerja sebagai buruh binaan dan merantau ke luar negeri selama tiga bulan sebelum pulang untuk uruskan majlis kahwin anak.

Apabila melihat kedudukan ekonomi keluarga, si ayah mahu melaksanakan ia secara sedehana namun tidak dipersetujui isterinya.

Walaupun cuba diselamatkan ahli keluarga, segalanya sudah terlambat, yang tinggal hanya tubuh yang sudah terkulai layu.

Terkejut dengan pemergian mengejut itu, si anak kemudiannya melakukan akad nikah bersaksikan sekujur tubuh ayahnya yang sudah kaku.

Dari pemeriksaan fizikal Allahyarham, tiada sebarang kesan mencurigakan ditemui. Pihak keluarga menerima itu sebagai sebuah ketentuan dan menolak proses autopsi.

Baca juga: Buat yang wajib, wanita kongsi majlis nikah bawah RM3,000