Isteri kedua terduduk dapat tahu semua harta suami milik madu, satu persatu madu ambil balik

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita tidak meyangka semua kemewahan yang dijanjikan oleh suaminya sebelum berkahwin sebenarnya adalah milik madunya.

Dalam satu luahan di Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita itu mendakwa madunya mempunyai niat jahat untuk memisahkan dia dengan suami.

Ini kerana katanya, satu persatu yang dilakukan madunya termasuk menarik balik semua kemewahan yang diberi kepada suaminya, termasuk harta benda.

“Masa aku dan suami pergi berbulan madu dekat Langkawi, aku dah tempah bilik hotel RM4,500 untuk tiga malam. Tiba-tiba madu aku sekat kad kredit suami aku.

“Malu masa nak check-in. Terpaksa batalkan bilik tu, tukar bilik yang berharga RM600 untuk 3 malam. Tapi suami tak nak telefon bini dia untuk tanya,” kongsinya.

Lebih membuatkan dia terkejut, sekembalinya dia dari berbulan madu, dia mendapati segala perabot dan barangan di dalam rumah sudah dibawa keluar oleh madunya.

Malah, rumah yang dijadikan homestay oleh madunya itu, perlu dibayar ansuran bulanan sebanyak RM250.

“Balik je rumah, kosong, hanya tinggal televisyen, peti sejuk dan satu tilam tanpa katil. Kami tinggal dekat rumah taman, sebelum ni madu aku buat homestay rumah tu, barang-barang lengkap semua.

“Suami beritahu kami kena bayar sewa rumah tu RM250 dekat bini dia. Suami mula bayar juga walaupun aku halang.

“Kereta suami dulu guna Honda HRV, bini dia pergi tukar bagi Viva ja. Madu aku ada dah dua buah kereta besar, Honda ni pun dia nak juga. Malu nak balik rumah mak aku.

“Satu persatu madu aku buat nak bagi kami berpisah. Ya dia tak pernah kasar tapi cara ni dia bagi aku rasa hidup aku dengan suami sengsara,” luahnya.

Wanita tersebut turut meluahkan mahu berpisah namun malu dengan adik beradik dan memikirkan bayi dalam kandungannya.

Baca juga: Hadiah kepada guru bukan tanda terima kasih, tapi budaya bodek – Rafizi