Isteri minta cari rumah sewa sebab tak tahan perangai ibu mentua, jawapan suami pula buat naik darah

Oleh KIM SYAZIE

Ada sebab mengapa rumah untuk ibu dan anak yang sudah berkahwin perlu diasingkan, bimbang pergaduhan kecil mampu merosakan hubungan yang baru dibina.

Tular di media sosial tangkap layar mesej wanita yang tidak tahan selepas tinggal sebumbung dengan mentua lebih tiga tahun.

Malah dia turut menceritakan segala yang terjadi hingga menyebabkan dia meminta sang suami untuk mencari rumah sewa buat mereka.

Respon sang suami menjadi perhatian warganet yang kecewa dengan sikap lelaki itu kerana tidak memahami perasaan isterinya sendiri.

“Tiga bulan pun belum tentu saya mahu serumah, sebelum kahwin dah cari rumah awal sebulan. Bukan taks uka, tapi kita nak keselesaan kita sendiri.

“Kalau tak mampu sangat, sewa je lah bilik dulu. Lelaki ni, bila dah kawin, memang la mak tu tanggungjawab sampai mati, sebagai anak. Tapi sebagai suami, kedamaian jiwa kepada seorang isteri tu dikira nafkah batin. Itu yang utama.

“Bukan ke sediakan tempat tinggal ikut keselesaan isteri ni tanggungjawab suami? Kalau isteri tak selesa duduk serumah dengan ibu mentua, itu tanggungjawab anda untuk cari rumah sewa lain?,” antara komen netizen.

Baca juga: Dah macam harga makan McD, wanita bayar RM42 bersalin di hospital kerajaan