Perkongsian seorang wanita yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap rakan sepejabatnya yang berstatus suami orang menjadi perdebatan hangat.
Menerusi perkongsian di X, wanita itu yang juga seorang isteri berkata, lelaki yang disukainya adalah seorang yang lemah lembut dan caring tidak seperti suaminya sendiri.
“Aku crush (minat) dekat seorang lelaki dari pejabat aku kerja sekarang. Dia ni lemah lembut, bijak, lepastu kacak. Masalahnya, dia suami orang tau. Makin nak lupa makin datang perasaan rindu tu.
“Sekarang ni pula, kami dah jadi satu jabatan. Lepas tu dia suka tegur sama ada sudah makan atau sihat. Kalau penat pergilah tidur dulu kat surau.
“Dia memang prihatin macam itu. Suami aku pun tak tanya macam tu dekat rumah tau,” ujarnya dalam satu tangkap layar tular.
Pun begitu di ruangan komen, netizen membanjiri ciapan tersebut dengan mengingatkan wanita itu supaya membetulkan niatnya ke kerja untuk mencari rezeki dan bukannya bercinta.
Baca juga: Isteri tahu diri dimadu ketika ‘anniversary’, suami bergaji RM1,200 nikahi janda anak 2!