Isu peruntukan Ahli Parlimen belum selesai, TPM maklum ketua pembangkang minta tangguh perbincangan

Oleh MAISARAH AISYA

Isu peruntukan Ahli Parlimen masih belum selesai sehingga kini apabila pihak pembangkang meminta ia ditangguhkan susulan terlibat dengan urusan lain.

Hal tersebut dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof apabila ada yang mempersoal isu peruntukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang telah meminta perbincangan berkaitan isu itu ditangguhkan kepada minggu hadapan.

Menurut Bernama, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu memaklumkan perbincangan tersebut sepatutnya berlaku Selasa lepas.

“Sepatunya Selasa lepas, semua wakil parti iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas), Datuk Hamzah dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Bersatu), tapi mereka minta tangguh kerana Takiyyudin ada urusan penting di Kota Bharu.

“Jadi mungkin minggu depanlah, (tarikh) belum ada lagi sebab tunggu mereka tetapkan. Saya sebelum ini memang dah tetapkan Selasa lepas,” katanya seperti dipetik Bernama.

Baca Artikel Penuh