Menggigil bapa bila Tuanku Agong keluar kereta panggil adik Ammara, netizen tumpang gembira Ammara kembali ceria

Oleh KIM SYAZIE

Mesti masih ramai yang ingat tentang kes adik Ammara dimarahi gurunya kerana bersolek ke sekolah ketika sambutan hari kemerdekaan baru-baru ini.

Bagaimanapun video terbaru Adik Ammara ibarat mengubat kesedihannya apabila sambutan merdeka di Putrajaya kelmarin, dia berjaya disedari oleh ketua negara yang disayangi rakyat Malaysia iaitu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Momen baginda berkenan mencemar duli keluar dari kenderaannya dan memanggil adik Ammara benar-benar menyentuh perasaan ramai.

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh bapanya @shazliey1 itu, kanak-kanak itu kelihatan gembira ketika dapat bertemu dengan YDPA, malah pengiring Tuanku sempat memberitahu insiden yang terjadi kepada kanak-kanak itu.

“Allahuakbar, menggigil papa hari ni Ammara! Ampun Tuanku.

“KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya,” tulisnya di kapsyen.

@shazliey1

Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Video yang dikongsikan oleh bapa Ammara itu sudah pastinya menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi ramai yang sudah tahu tentang insiden yang berlaku ke atasnya.

Ramai juga menumpang rasa gembira di atas perkongsian tersebut, menganggap kesedihan adik Ammara terubat akhirnya.

Baca juga: “Kerjalah wahai manusia” – Netizen bidas individu nak BSH RM6,000 sebulan