Seorang lelaki menerima durian runtuh setelah wang berjumlah RM780 juta tiba-tiba masuk ke dalam akaun simpanan miliknya.
Bagai bulan jatuh ke riba, lelaki itu tidak pernah menyangka bahawa dia berjaya menjadi jutawan dengan sekelip mata sahaja.
Tidak berkerja keras untuk meraih wang sebanyak itu, duit jutaan ringgit tersebut sebenarnya didepositkan sendiri oleh pekerja bank di daerahnya.
Langkah kanan, kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama lelaki itu membuka satu akaun simpanan dengan bank berkenaan.
Rupa-rupanya, kakitangan yang bertugas telah memasukkan 10 digit nombor akaun pemuda yang bernama Liu itu ke dalam ruangan jumlah deposit.
Nombor akaun Liu adalah ‘1212405360’, bermakna, pekerja telah memindahkan wang sebanyak 1,212,405,360 yuan (RM780 juta) ke dalam akaunnya.
Terjadi di sebuah bank pertanian di wilayah Changsha, Hunan, China, Liu kemudian menerima panggilan telefon dari pihak bank.
Berpunca daripada kesilapan kecil, kakitangan bank itu bersyukur Liu sanggup berpatah balik dan memulangkan semula wang berkenaan.
Menghargai budi baik Liu, pihak bank memberikan sekotak rokok dan sampul ‘ang pau’ yang berisi wang bernilai 200 yuan atau RM130 sebagai sagu hati.
Berlaku dalam tempoh masa tiga jam, Liu bagaimanapun mengaku tidak akan melupakan kenangan beliau menjadi ‘jutawan’ itu sampai bila-bila.
Baca juga: Tak pernah guna dari 2002, lelaki mahu jual Yamaha RXZ tak berdaftar berharga RM120K!