Jangan guna pencuci pinggan! Ini cara mudah bersihkan papan pemotong jenis kayu

Oleh MAISARAH AISYA

Papan pemotong adalah antara alatan dapur yang paling kerap digunakan, sama ada untuk memotong bahan basah seperti daging dan ikan, mahupun buah-buahan.

Hampir setiap rumah pasti memilikinya namun, ramai yang tidak sedar bahawa mencuci papan pemotong dengan pencuci pinggan sebenarnya tidak memadai, malah boleh merosakkannya.

Papan kayu memerlukan penjagaan rapi kerana jika tidak dikeringkan dengan betul, ia mudah menyerap air, merekah, atau menjadi tempat pembiakan bakteria.

Membersihkannya juga bukan semudah yang disangka, apatah lagi untuk memastikan ia benar-benar kering sebelum digunakan semula.

Tips ini dikongsikan pengguna TikTok, @nsmonline, papan pemotong yang hitam pun boleh kelihatan baru.

Tips basuh papan pemotong

Bahan-bahan:

  • Limau nipis
  • Baking soda
  • Cuka

Cara-cara:

  1. Hiris limau nipis. Perahkan jus ke atas papan pemotong dan gosok permukaan papan dengan hirisan limau tersebut.
  2. Setelah digosok rata, tabur pula baking soda sehingga rata ke seluruh permukaan papan.
  3. Akhir sekali, tuangkan cuka atas keseluruhan papan.
  4. Biarkan selama 15 minit supaya semua cecair diserap ke dalam bahagian dalam papan.
  5. Selepas itu, gosok papan menggunakan berus dawai sehingga hilang semua tompok hitam.
  6. Bilas dengan air yang mengalir dan hasilnya papan pemotong menjadi bersih dan berkilat seperti baru dibeli.

Baca juga: Nampak remeh, tapi jemur baju di balkoni boleh buat anda rugi puluhan ribu bila nak jual rumah