Ada pasangan yang memilih untuk berkongsi hak penjagaan bagi memastikan anak tetap merasai kasih sayang dan perhatian daripada kedua-dua ibu bapa selepas bercerai.
Walaupun tidak lagi hidup sebumbung, mereka berusaha mengekalkan komunikasi yang baik demi kebajikan anak.
Buat isteri kepada penyanyi rap, Caprice, Farra Inalis mengakui kecewa akan netizen yang mempersoal mengapa dia jarang memuat naik gambar anak bersama perkahwinan terdahulu.
Menerusi Instagram, Farra memaklumkan dia dan bekas suami memilih hak penjagaan bersama maka anaknya akan bergilir tinggal di antara dia dan bekas suami.
“Bab anak usahlah dipersoalkan, kau tak faham betapa sukarnyanya aku untuk belajar berdamai dengan takdir, pujuk hati sendiri, akur dengan giliran jaga anak, paksa mindset untuk fikir benda-benda baik sahaja.
“Cuba beritahu hati ibu mana boleh tenang bila anak tiada di depan mata?
“Tiada dalam kamus hidup aku untuk ‘dilupakan’ atau ‘pilih kasih’ antara dua beradik ni, aku yang mengandung dan melahirkan.
“Dua-dua aku sayang, dua-dua keutamaan aku. Kalau pergi ke mana-mana sebolehnya aku nak bawa kedua-dua.. tapi hakikatnya bukan begitu,” kongsinya dalam hantaran di Instagram.
Jelasnya Caprice yang tak jemu beri kata semangat di saat dirinya tidak kuat dan memohon orang ramai untuk tidak meninggalkan komen yang boleh mengguris perasaan.
“Banyak benda aku simpan dan pendam dalam hati, kalau boleh nak jadi kuat. Tapi kadang-kadang berjurai juga air mata tanpa kata-kata.
“Suami aku lah saksi, yang akan selalu datang peluk dan tak pernah jemu beri kata-kata positif untuk tenangkan hati ini.
“Simpanlah jari mu jika tiada benda baik-baik untuk komen. Mungkin bagi kau benda tu mudah, tapi bagi orang macam aku yang lalui keperitan berjauhan dengan anak. Kata-kata tu sangat mengguris hati aku.
“Jangan ukur kasih sayang aku dengan ‘content’ atau gambar yang dimuat naik. Sangat tak masuk akal dan kolot cara pemikiran,” tambahnya.
Tegasnya lagi, dia berharap orang ramai lebih memahami perasaan seorang ibu yang berkongsi hak penjagaan anak selepas melalui proses penceraian.
“Apa yang aku lalui, tak perlu diceritakan dekat media sosial. Kisah hidup aku bukan untuk sajian netizen. Apa aku post, itu sahaja yang kau layak tengok tentang kehidupan aku.
“Entahlah, maaf kalau aku terlebih emo malam ni. Mungkin yang pernah lalui perpisahan sahaja yang faham perasaan ini.
“Aku tak marah, cuma kecewa dengan sikap manusia yang tiada hati perut dan tak fikir perasaan orang bila bercakap tambah-tambah komen tu sendiri daripada seorang ibu,” tegasnya.
Baca juga:cIbu dakwa guru tumbuk, hantuk kepala anak dengan murid lain – “Kawan terkencing dalam seluar”