Jemaah Kabinet majoriti Islam tidak patut buat keputusan menangkan syarikat arak

Oleh ARIF ATAN

Kerajaan disarankan supaya tidak berkompromi dengan syarikat arak walaupun kepentingan syarikat arak yang melabur jutaan ringgit dianggap lebih utama.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, terdapat dakwaan bahawa cukai arak sebagai perolehan kerajaan dikatakan jauh lebih penting dan hak untuk minum arak orang bukan Islam perlu didahulukan berbanding dengan bantahan masyarakat.

“Sekiranya ada yang terus membantah akan dianggap sebagai tidak rasional dan cuba mempolitikkan isu, sedangkan majoriti jemaah Kabinet adalah majoriti Islam membuat keputusan memenangkan syarikat arak dengan akur kepada cadangan syarikat tersebut.

“Bantahan masyarakat ketika ini bukannya sekadar jenama Timah yang dipersoalkan tetapi lebih besar dari itu ialah isu ketagihan dan kebergantungan kepada arak kerana masyarakat tidak mahu arak menjadi mesra dengan imej negara ini.

“Jemaah Kabinet lupa bahawa syarikat arak punya kuasa melobi yang besar dengan pancingan perolehan cukai untuk kerajaan dan syarikat arak mahu kerajaan mengenepikan soal kesan buruk kepada masyarakat akibat arak,” ujar beliau dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.

Malah tambah beliau, peribahasa Melayu ‘lulus jarum, lulus kelindan’ yang membawa pengertian kalau kehendak pertama tercapai, maka kehendak-kehendak lain akan menurut jejak pula.

Baca Artikel Penuh