Apabila membeli makanan yang tertutup dengan bungkusan, pastinya ada banyak risiko kerana kadang kala kita tidak mengetahui sudah berapa lama ia berada di situ.
Seorang wanita merasa terkejut apabila melihat ulat kecil pada bahagian dalam burger yang dibeli.
Kejadian tersebut dimuat naik pemilik TikTok, @jemahbukanaku di sebuah hentian rehat dan rawat (rnr) yang tidak didedahkan lokasinya.
“Hati-hatilah ya semua, yang singgah RnR itu kalau nak beli makan segera, lihat dahulu betul-betul.
“Ini penaya (aniaya) orang, kejadian berlaku kepada sahabat aku sendiri,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut jelas terdengar suara wanita yang geli melihat ulat tersebut dan bersyukur anaknya tidak sempat makan burger berisi ulat tersebut.
“Kau tengok tu… eeiii nasib baik anak aku tak makan!” jelas suara wanita tersebut yang jijik.
Kalau ada ulat maka ada kemungkinan makanan tersebut sudah disediakan beberapa hari sebelum wanita tersebut membelinya.
Rata-rata warganet turut jijik melihat keadaan ulat yang sangat banyak malah ada yang mempertikai sama ada pembeli sudah beli lama dan baru mahu makan.
“Mungkin burger yang tak habis semalam atau masa bungkus tak berapa kemas jadi lalat boleh masuk,” komen Ruzaini.
“Burger sudah siap tapi tak terjual, dibiar atas meja dan dihinggapi lalat yang bertelir, tanpa disedari. staf pula simpan balik makanan tersebut,” kata Nizam.
“Macam mana burger tu ada ulat, dagingnya tak goreng dulu ke… Macam tak masuk akal, kecuali burger tu di simpan lama,” ujar Raihan.
“Burger dah beli semalam tapi tak letak dalam peti ais, tengok salad dengan roti melekat masa angkat pun dah tahu benda dah dua hari. Tak mungkin burger baru,” komen Faizal.
Rasanya ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika membeli di hentian rehat dan rawat, apatah di waktu orang tidak ramai maka ada kemungkinan makanan semalam dijual kembali.