Jijik! Tikus sedap gigit ayam, pemilik boleh pula tak perasan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna media sosial merakam satu kedai runcit yang menjual barangan basah, apa yang meloyakan tekak adalah seekor tikus dilihat menggigit seekor ayam.

Pastinya kebersihan perlu menjadi keutamaan buat mereka yang memiliki kedai, mungkin juga terlepas pandang kerana terlalu sibuk.

Sebagai warganet prihatin, tidak salah jika memaklumkan pemilik kedai mengenai kehadiran haiwan perosak, bimbang ada yang terbeli ayam yang sudah tercemar.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang merakam aksi tikus menggigit ayam yang dijual di kedai tersebut.

Dia memaklumkan hanya merakam dari dalam kereta dan memuat naik video tersebut sebagai peringatan untuk semua berhati-hati sebelum membeli barang keperluan.

Ketika rakaman, sudah ada individu lain yang memaklumkan pemilik mengenai kehadiran haiwan perosak itu.

“Video ii dah dua ketiga minggu baru aku teringat nak kongsi, masa aku rakam ada orang lain dah beritahu (pemilik).

“Beringatlah membeli barang basah terdedah inilah risiko dan aku hanya nak sampaikan sahaja,” ujarnya di ruangan kapsyen.

@fadhilahmad3031

aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni 😂😂 , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau … aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan … #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca

♬ Stel Kendo Stel Kenceng Jedag Jedug – Rian DTM

Rata-rata warganet turut risau kerana kes kencing tikus adalah berbahaya malah boleh menyebabkan kematian walaupun kadar kematian meleibatkan kes tersebut rendah.

“Bahaya untuk kesihatan, boleh kena jangkitan kening tikus.

“Sepatutnya pemilik kedai kena sentiasa tutup kotak ais itu. Tak adalah binatang boleh masuk untuk makan.

“Sebab itu elok ada kucing di pasar, boleh memburu dan jangan kedekut nak bagi ikan atau ayam.

“Pernah nampak kucing kencing kat keropok mentah yang terdedah dan disusun dekat rak bahagian bawah. Cakap kat orang kedai tapi tak dilayan.

Banyak kes melibatkan faktor kebersihan yang menjadi punca perniagaaan terpaksa ditutup, maka pemilik perlu lebih tegas dalam kes ini.

Baca juga: Sanggup aniaya orang demi makanan percuma, rider dedah taktik licik pelanggan