Jiran bawah merungut rumah bising tengah malam, Bila tengok CCTV rupanya ada makhluk aneh tengah merangkak

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemilik rumah memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) di dalam rumahnya yang menunjukkan seekor makhluk misteri seolah-olah sedang merangkak di ruang tamu rumahnya.

Kejadian aneh itu berjaya dirakam dan dikongsi di TikTok @mr.rambo sebagai bukti selepas jirannya merungut setiap malam terdengar anaknya membuat bising.

Demi membuktikan perkara itu tidak benar, dia berkongsi video tersebut yang jelas menampakkan seolah-olah ada makhluk kecil seperti bayi sedang merangkak di bahagian ruang tamu.

“Jiran bawah bising pasal katanya anak siapa jam 12 malam tak tidur-tidur. Kita bagi bukti tak pula dia buka,” tulis individu tersebut.

Video yang berdurasi 38 saat itu telah menerima lebih 8,000 tanda suka serta 223 perkongsian.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberitahu entiti yang terakam di dalam CCTV berkenaan terlihat seperti bayi yang sedang merangkak membuatkan ada yang berasa hiba di hati

Baca Artikel Penuh