Jualan tak habis, peniaga bazar Ramadan digalakkan sertai program selamatkan makanan

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila ramai yang meniaga lauk pauk dan air, maka kemungkinan untuk makanan tidak habis dijual adalah tinggi.

Jadi untuk mengelak makanan dibazirkan atau diguna semula di kemudian hari maka tidak salah bersedekah daripada membuangnya.

Menurut Harian Metro, kerajaan negeri meminta penganjur bazar Ramadan untuk mengadakan program selamatkan makanan yang tidak habis dijual sepanjang bulan puasa ini.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar memaklumka data kempen yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan lebih makanan setiap tahun.

Arul Kumar dilantik Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan - Sinar Harian

Makanan tersebut disarankan dikumpul dan disumbang ke masjid, surau, rumah anak yatim dan rumah perlindungan yang memerlukan.

Tambah beliau, tujuh bazar Ramadan di Negeri Sembilan dipilih untuk menjayakan Program Mysavefood.

Baca Artikel Penuh