Sudah banyak kes haruan makan anak di Malaysia, ketua keluarga yang sepatutnya menjadi contoh baik adalah orang sama merosakkan anak-anak.
Seorang pengguna media sosial berkongsi kelakuan aneh abang iparnya di Twitter @twtmalaywedding.
“Dipendekkan cerita, saya jumpa plastik kondom yang dah terkoyak dan masih basah dalam bilik anak buah saya sedangkan satu keluarga kakak saya balik ke kampung.
“Dalam masa kakak saya di kampung, suami dia ada balik ke rumah berseorangan dalam tiga ke empat hari,” ujarnya dalam pengakuan di Twitter.
Bukan setakat kondom malah dia turut menjumpai alat mainan dewasa dalam bilik anak buahnya.
“Bukan sahaja itu, saya terjumpa adult toys (alat mainan dewasa) juga.
“Saya terus terang dengan kakak supaya berhati-hati atau tanya suami dia walaupun saya tak tahu cara nak tanya isu macam ini macam mana.
“Kakak dah tanya suami dia, suami dia mengaku bahawa memang ada buat secara bersendirian, dan kakak saya terima dengan jawapan tu,” tambahnya.
Rata-rata warganet tidak pelik dengan abang ipar pengadu yang beronani tapi tertanya mengapa ia dilakukan di dalam bilik anaknya sendiri.
“Pengadu jumpa kondom yang dah diguna dan masih basah dalam bilik anak buah. Maknanya tu anak kakak dia dan mainan dewasa tu ada dekat bilik tu.
“Kenapa si suami buat dekat situ, mereka tak ada bilik sendiri ke,” ujar pengguna Twitter.
“Isu dia bukan masalah toys (mainan dewasa) tapi jumpa kondom dalam bilik anak buah. Kalau tak tahan sangat, kenapa tak buat dekat bilik sendiri,” tambah pengguna lain.
Melainkan rumah tersebut hanya ada satu bilik, maka tiada sebab untuk si suami membuat perkara tersebut dalam bilik anak mereka.