Sebak baca mesej rider ini, terpaksa minta pelanggan ‘cancel order’ lepas motosikal ditarik masa nak hantar makanan

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam tular satu tangkap layar mengenai seorang penghantar makanan atau ‘rider’ yang didakwa motosikalnya ‘ditarik’ ketika belum sempat pesanan dihantar kepada pelanggan.

Cerita sedih yang menarik perhatian netizen itu mula tular selepas seorang pengguna Facebook, yang juga pelanggan tersebut berkongsi tangkap layar perbualan bersama rider Grab berkenaan.

Dalam tangkap layar yang ditularkan, Hanis Hadi terkejut apabila menerima mesej daripada rider tersebut yang memintanya membatalkan pesanan yang telah dibuat menerusi aplikasi Grab.

“Nanti gantung dekat pemegang pintu kayu ya,” pesan pelanggan itu.

“Abang, batalkan pesanan saya bang, motor saya kena tarik,” balas penghantar makanan tersebut.
.
Katanya, situasi tersebut sangat ‘rare’ untuk berlaku.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang menyatakan rasa simpati terhadap rider Grab tersebut selain mendoakan agar dia dikurniakan rezeki lain yang lebih baik selepas ini.

“Semoga dipermudahkan segala urusan adik ini,” kata pengguna Facebook.

“Pernah tengok depan mata masa dekat Nasi Kandar Hakim Seksyen 7, motor rider kena tarik masa rider tengah tunggu order,” kongsi yang lain.

Baca juga: Belum pun sempat dapat untung, pak cik jual durian terkejut kesemua duriannya dikebas pelanggan sampai kosong kedai