“Kalau cakap elok-elok, kita mesti bantu selesaikan masalah rakyat” – Anwar sedia bekerjasama dengan Sanusi

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak kira perbezaan fahaman politik sekalipun, apabila melibatkan rakyat semua pihak harus bersatu dan bukan bertelagah.

Walaupun pelbagai kritikan dilemparkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi namun ia bukanlah halangan untuk Kerajaan Perseketuan untuk turun membantu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh bahawa beliau seorang yang sangat mudah untuk berbincang.

Malah akan meluluskan sesuatu projek demi kepentingan rakyat, asalkan didekati dengan cara baik lapor Kosmo! Online.

“Sebab itu saya kata kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi (Menteri Besar Kedah) bahawa saya ini mudah kalau cakap elok-elok. Ia kerana kerjasama kita untuk bantu selesaikan masalah rakyat.

“Kita ada berbeda pendapat sedikit dalam cara pendekatan tetapi itu tidak jadi masalah,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Baca Artikel Penuh