Kanak-kanak selit duit RM100 dengan surat dalam tabung surau, siap minta maaf sebab termuntah atas karpet

Oleh KIM SYAZIE

Sepucuk surat yang dikirim oleh seorang kanak-kanak kepada pihak pengurusan Surau Putra Al-Amin (SPAA) tular di media sosial baru-baru ini.

Hal ini kerana surat tersebut adalah permohonan maaf atas tindakannya mengotorkan kawasan surau.

Kanak-kanak tersebut bertindak menghantar surat berkenaan kerana tidak sengaja muntah di karpet kerana keracunan makanan.

Tidak sempat membersihkannya kerana perlu segera ke sekolah, kanak-kanak itu turut menyelitkan wang berjumlah RM100.

Tersentuh dengan perbuatan itu, pihak masjid memuat naik surat tersebut bersama kiriman doa agar dikurniakan kesihatan dan istiqamah berjemaah di surau.

“Assalamualaikum pak cik, saya menulis surat ini untuk memohon maaf atas kesilapan saya pada 27 Januari 2023. Saya secara tidak sengaja termuntah di surau.

Baca Artikel Penuh