Cubaan seorang warga asing memecah masuk sebuah kediaman untuk mencuri terbantut apabila lelaki itu terjatuh daripada syiling rumah.
Tidak sempat mencuri, warga asing itu langsung diberkas oleh pemilik rumah dipercayai seorang lelaki tempatan yang berbangsa Cina.
Satu rakaman memaparkan perompak berkenaan di dalam keadaan terbaring dan diikat di bahagian tangan ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Rakaman yang dikatakan dikongsi sendiri oleh pemilik rumah itu membuktikan bahawa perompak tersebut tidak dibawa terus ke balai polis.
Selepas ditangkap sendiri oleh tuan rumah, pencuri itu malah dinasihati oleh lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kesakitan yang dirasa akibat terjatuh dari syiling masih belum hilang, pencuri itu malah perlu berhadapan pula dengan ‘bebelan’ daripada tuan rumah.
“Kau pecah rumah orang, kau jatuh dan kau sendiri yang kesakitan. Kau tengok macam mana kau boleh jatuh? Kau ada kaki, ada tangan pergi kerja.
“Kenapa tidak mahu kerja dan mencuri? Mencuri, selepas itu menyusahkan orang,” nasihat pemilik rumah kepada pekerja asing tersebut.
Tular di media sosial, video berdurasi 37 saat yang dimuat naik di laman Facebook 吴明 itu berjaya menarik perhatian ramai penonton.
Rata-rata pengguna media sosial didapati memuji tindakan pemilik rumah yang masih mampu berlembut dengan warga asing berkenaan.
“Kantoi mencuri, dia punya drama memang kalah Yusof Haslam. Nasib bos baik tak pukul terus hantar ke balai,” kata seorang pengguna lain.
“Terbaik, santai sahaja dan tak ambil undang-undang sendiri. Ikat dan terus serah kepada pihak polis. Bagi dia merasa duduk dalam penjara.” Kongsi pengguna lain.
Baca juga: Bagi alasan kakak bayar bila sampai destinasi, lelaki sanggup lompat keluar lepas nampak balai polis