Kebolehjangkitan Covid-19 kembali melonjak

Oleh ARIF ATAN

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 meningkat sejak lima hari lalu iaitu kira-kira dua minggu selepas kerajaan memberi kebenaran rentas negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata nilai Rt pada jangkaan mengikut kes harian untuk seluruh negara ialah 0.91, semalam.

Nilai itu melonjak berbanding 0.86 pada Khamis lalu, sebelum meningkat kepada 0.87 pada Jumaat, 0.88 (Ahad) dan 0.89 (Isnin).

Selain itu, data dikongsi Dr Noor Hisham di Twitter menunjukkan enam negeri dan wilayah mencatatkan nilai Rt melebihi purata kebangsaan semalam, dengan dua daripadanya melebihi 1.0.

Rt tertinggi dicatatkan oleh Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan masing-masing 1.02, disusuli Melaka (0.99), Putrajaya (0.96), Selangor (0.95) dan Sabah (0.93).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri di seluruh negara kepada individu lengkap divaksin, bermula 11 Oktober lalu.

Baca Artikel Penuh