Kecoh bomoh di kemboja hantar sihir kepada komander tentera Thailand

Oleh KIM SYAZIE

Seorang bomoh dari Kemboja didakwa cuba menghantar sihir terhadap Komander Tentera Wilayah Kedua Thailand, Leftenan Jeneral Boonsin Padklang, berdasarkan video tular di media sosial.

Dalam video itu, bomoh tersebut dilihat sedang menjalankan ritual sihir terhadap gambar tentera Thailand, Leftenan Jeneral Boonsin Padklang.

Video berkenaan dipercayai dimuat naik sekumpulan bomoh Kemboja, menurut laporan Utusan Malaysia.

Ritual itu dimulakan dengan muzik dan tarian tradisional sebelum seorang lelaki berjubah putih mengetuai upacara di hadapan imej besar Padklang.

Upacara disertai dengan bacaan mantera yang menyeru agar kematian awal menimpa pegawai tenteran Thailand itu.

Lelaki tersebut kemudian dilihat menikam gambar itu secara simbolik menggunakan trisula, diikuti individu lain memegang objek ritual melakukan aksi serupa sambil menari sebelum menyerang imej berkenaan, lapor portal itu lagi.

Upacara tersebut berakhir dengan seorang bomoh berjubah merah menggunakan cakera berbilah, untuk mencarik gambar berkenaan, sebelum ia dibakar sebagai kemuncak ritual.

Baca juga: Pelajar peralihan Tingkatan 1 mengaku bersalah tumbuk guru, dibenar ikat jamin RM1,000