Kecoh isu ‘Datuk palsu’, individu dakwa gelaran Datuk dari istana sebenarnya tak perlukan kad

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini timbul dakwaan bahawa segelintir individu sebenarnya menggunakan pangkat ‘Datuk palsu’. Erti kata lain, gelaran datuk itu didakwa dibeli dan bukanlah pengiktirafan dari pihak istana. .

Suami kepada beberapa selebriti antara yang didakwa menggunakan gelaran Datuk palsu yang tidak mendapat pengiktirafan dalam sistem istiadat.

Antaranya ialah Fouziah Gous yang sebelum ini telah membidas tuduhan berkenaan dan memberitahu bahawa suaminya Datuk Zhafran Md. Yusof mempunyai watikah, kad dan surat hitam putih untuk gelaran Datuk itu.

Selain Fouziah Gous, nama suami Datin Paduka Eina Azman dan penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi turut terpalit dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun, seorang individu yang bernama Aliff Ahmad mempertikai kenyataan tersebut dan memberitahu bahawa orang yang membeli gelaran Datuk memang akan dapat kad gelaran, tetapi gelaran Datuk yang dikurnia istana sama sekali tidak memerlukan kad.

Individu tersebut berkata, dia sendiri telah bertanya kepada dua kenalannya yang mempunyai gelaran Datuk dibeli dengan gelaran Datuk dikurnia Istana.

Baca Artikel Penuh