Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 26.1 peratus.
Di mana menurut Tan Sri Dr Noor Hisham, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat bagi pesakit kategori 1 dan 2 sebanyak 39.4 peratus; manakala bagi pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 37.4 peratus
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 bagi katil bukan kritikal meningkat sebanyak 8 peratus, katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 4 peratus dan Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada yang aktif, semua ditutup.
Bagi kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan sedikit peningkatan.
Di mana bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 56.4 peratusm dan bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 60.4 peratus.
Pada 31 Oktober 2022, Malaysia masih berada dalam fasa peralihan ke endemik yang mana sejak kebelakangan ini kes COVID-19 harian menunjukkan trend peningkatan serta jumlah kemasukan kes ke hospital, ICU dan penggunaan alat bantuan pernafasan.
Kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya tindakan kesihatan awam kendiri seperti pemakaian pelitup muka dan mendapatkan vaksin COVID-19 ataupun dos penggalak.
Tanggungjawab kendiri dan solidariti komuniti ini adalah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk COVID-19.
Baca juga: “Jika nak komen berkenaan instrumen kewangan, kena faham dahulu MFRS 9”