Pelakon wanita sensasi, Puteri Sarah Liyana kembali menyita perhatian ramai setelah memuat naik sekeping gambar tangan di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dikongsi menerusi hantaran di IG ‘Story’, gambar tersebut telah mengundang perbincangan hangat apabila banyak yang menduga tangan itu adalah milik seorang lelaki.
Tanpa meletakkan sebarang kapsyen, foto tangan itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan juga rasa tidak keruan di hati peminat yang menyayanginya.
Mencetuskan tanda tanya, ramai juga peminat yang teruja sekiranya Puteri Sarah menemui pengganti baharu selepas bercerai dengan pengarah, Syamsul Yusof.
Rata-rata peminat kemudian mula membuat andaian bahawa gambar tangan dikongsi Sarah itu adalah milik pelakon lelaki Indonesia yang dikenali sebagai Andi Arsyil.
Selain mempunyai bentuk tangan yang serupa, dakwaan itu dikuatkan lagi dengan keberadaan pelakon Andai Itu Takdirnya itu di Jakarta, Indonesia bersama anak-anaknya.
Tidak kurang ramai juga individu yang mendoakan agar pelakon berusia 38 tahun itu berjumpa dengan lelaki baik dan hidup bahagia bersama kedua-dua anaknya.
“Andi Arsyil, orang Sulawesi. Artis yang masih lajang (bujang) dan belum bernikah,” duga seorang pengguna media sosial yang berasal dari Indonesia.
“Mas Furqanku (watak yang pernah dilakonkan). Suka tengok dia dalam filem Ketika Cinta Bertasbih dulu,” kata peminat lain yang turut menduga tangan itu milik Andi.
“PS (Puteri Sarah) cakap dia gembira dekat Indonesia sebab setiap malam keluar dinner. Mesti dinner dengan kekasih baru kan.” Usik peminat lain.
Andi Arsyil adalah seorang pelakon asal Indonesia berusia 36 tahun yang memulakan kariernya dalam sinetron “Ngaca Dong!” pada tahun 2005.
Pemilik nama penuh Andi Arsyil Rahman Putra itu bagaimanapun mula popular ketika memegang watak Muhammad Furqon menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih.
Baca juga: Kamal Adli cakap tak akan berpoligami, sekali Uqasha tegur ‘jangan cakap besar, takut Allah uji’