Konon ditawar habuan sokong Anwar, Wan Saiful sentuh isu imuniti lepas terima notis SPRM

Oleh WAN SITI AMINAH

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan membangkitkan isu imuniti atau kekebalan Ahli Parlimen selepas menerima notis dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Wan Saiful, dirinya turut menerima ‘gangguan’ dari badan antirasuah yang mahu merakamkan keterangan berhubung ucapannya ketika menyertai perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu.

Sedangkan menurutnya, tidak ada mana-mana pihak boleh menyentuh perkara yang telah dimuktamadkan oleh Speaker termasuklah ucapannya yang disebut di dalam dewan baru-baru ini.

Dalam ucapan itu, Wan Saiful didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.

“Saya terus-menerus dapat kacau ganggu daripada pihak berkuasa terutama SPRM. Saya baru dapat satu notis untuk dirakam percakapan mengenai apa yang disebut dalam dewan yang mulia ini.

“Saya berpandangan bahawa apa yang disebut telah diselesaikan oleh Speaker. Jadi tidak ada sesiapa boleh mengganggu imuniti yang disebut di dalam Seksyen 7 Akta 347.

Baca Artikel Penuh