Setiap kali mengunjungi kedai makan, pastinya anda sedar bahawa anda sedar amaun tisu diletakkan di atas meja adalah sedikit berbanding di kaunter bayaran.
Rupa-rupanya ada sebab pemilik kedai letak di kaunter pembayaran atau jauh sedikit dari meja makan.
Menurut video di Tiktok yang mendapat lebih 20,000 tontonan itu, tisu banyak dibazrkan pelanggan untuk mengelap tempat duduk, meja makan dan juga sudu garfu.
“Kalau letak satu plastik pun boleh habis,” ujar kapsyen video tersebut.
Namun perkara tersebut dibidas warganet, bagi mereka jika benar kedai sudah bersih maka pelanggan tak akan bazirkan tisu tersebut.
“Sebab tuan kedai mana reti lap-lap benda macam tu.
“Bila meja kotor, kita suruh lap. Pekerja datang bawa kain buruk, bau pun boleh tahan semerbak.
“Kedai fikir untung rugi je. Bila bab kebersihan, dia tak berapa nak fikir sangat.
“Kenapa pelanggan bersihkan meja, sudu dan kerusi guna tisu? Sebab takdia tak rasa cukup bersih,” antara komen warganet.
Malah ada juga yang menyatakan jika tisu tersebut diletakkan di kaunter pembayaran sekalipun, dia akan tetap ambil dan buat perkara sama.
Pastinya ada sebab mengapa mereka lap kembali semua benda yang dinyatakan, kadangkala pekerja tidak sedar bahawa sudu garfu masih berminyak dan sebagainya.
Baca juga: Vida turun Johor 22 Julai ini, mahu tuntut ilmu pengurusan kelab bola dengan TMJ