Kot ye pun takkan lah sampai bergayut dalam MRT

Oleh KIM SYAZIE

Walaupun etika menaiki pengangkutan awam bukan lagi perkara baru, sikap sesetengah pengguna yang bertindak di luar kebiasaan kadang kala menimbulkan tanda tanya.

Seperti perkongsian seorang pengguna di Threads, individu itu merakam tindakan seorang lelaki yang dikatakan sedang bersenam di dalam koc Transit Aliran Massa (MRT)

Apa yang mengejutkan, lelaki berkenaan melakukan aksi ‘pull-up’ menggunakan palang pemegang penumpang di dalam MRT ketika tren sedang bergerak.

“Pelik-pelik orang sekarang. Nak sihat pun tunggu sampai nanti, pergi cari pokok bang. Tidak faham lah saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang menegur tindakan bersenam menggunakan kemudahan awam.

Mereka juga menasihatkan bahawa aksi seperti ini tidak elok dinormalisasikan di ruang publik lebih-lebih lagi dalam pengangkutan awam.

Baca juga: Hargai pengorbanan ibu, Uyaina Arshad hadiahkan emas setiap tahun