KPDN Perak serbu rumah warga tempatan, kantoi sorok 527kg minyak masak peket

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, sebuah rumah yang terletak di Taman Meru, Ipoh, Perak dijadikan stor penyimpanan minyak masak bersubsidi secara haram oleh seorang lelaki tempatan.

Tindakan lelaki berkenaan akhirnya terbongkar selepas penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu rumah tersebut.

Penguat kuasa kemudian menemui bungkusan minyak masak bersubsidi seberat 527 kilogram dalam serbuan yang dijalankan pada Selasa, kira-kira jam 5.30 petang itu.

Baca Artikel Penuh