Labur hampir RM100k bina studio, Zoey Rahman pilih cara kreatif promosi tanpa gimik murahan

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi seorang selebriti, menceburi bidang perniagaan adalah langkah penting untuk memastikan kelangsungan kerjaya dan kestabilan kewangan jangka panjang.

Populariti di dunia hiburan tidak selamanya kekal, maka memiliki perniagaan sendiri dapat menjadi sumber pendapatan yang lebih stabil dan berterusan.

Buat pelakon dan pengacara Zoey Rahman, dia lebih senang melaburkan duit untuk mewujudkan sebuah studio untuk berinteraksi bersama pengikutnya.

Jelas Zoey, pelaburan yang menelan belanja hampir RM100,000 dibuat agar dirinya tak perlu terikut trend dan buat ‘marketing yang terlihat murahan lapor Harian Metro.

“Waktu itu saya sentiasa memikirkan apa akan jadi pada masa depan. Bagaimanapun, bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Tambahan pula corak pemasaran kini berbeza sewaktu saya memulakan perniagaan dulu. Setiap hari akan ada saja pembaharuan dalam sistem ‘online’.

“Kalau terleka atau terlambat sikit, pasti kita akan ketinggalan.

“Perkara yang paling mengujakan saya ialah apabila perniagaan saya mendapat respon positif,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Meskipun ramai menyangka dia menggunakan ‘green screen’, teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk pemasaran namun Zoey menyangkal dakwaan tersebut.

“Sedangkan semua props di dalam studio adalah peralatan yang sebenar. Dan rata-rata daripada pengikut yang menonton ‘live’ saya akan ‘request’ dan tunggu saya mula ‘main masak-masak’.

“Mikaseries hampir 10 tahun di pasaran kini tiba masanya saya membina satu lagi jenama di bawah syarikat produk perniagaan kesihatan Luna Clara.

“Jom main masak-masak sambil ‘packing parcel’ (bungkus barang).

“Itu idea yang terkeluar dari kotak fikiran saya sewaktu memikirkan bagaimana bentuk interaksi dan cara pemasaran berbeza yang perlu saya lakukan untuk produk ini,” jelasnya.

Baca juga: Pencipta kandungan seram tak pergi Villa Nabila, dedah fakta sebalik dakwaan kes bunuh