Lagi peringatan ekonomi global 2023 sangat tidak menentu – Apa nasihat pakar ini kepada calon PRU-15?

Oleh ARIF ATAN

Pakar ekonomi, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali sekali lagi mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun 2023 yang sangat tidak menentu.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu menasihatkan penting bagi seluruh calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bersedia dengan situasi tersebut.

“Saya tidak dapat mengelak dari terus mengingatkan Malaysia bahawa status ekonomi global sekarang dan tahun hadapan 2023 adalah sangat tidak menentu.

“Pembangunan dalam krisis. Sila ikuti pelbagai laporan Annual Meetings 2022 World Bank dan IMF. Semua ini akan mengesani Malaysia.

“Malaysia Memilih PRU-15. Yang ingin dipilih – sebaiknya bersedia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Noor Azlan Ghazali

Sebelum ini, beliau berkata, hampir semua negara maju yang merupakan destinasi utama eksport Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Baca Artikel Penuh